Padah Malas Gosok Gigi, Tunas Jambu Tumbuh Di Gigi Lelaki Ini. Percaya Atau Tidak Lihat la Sendiri.
Oleh Razzltyn Rosli. Sumber NMA News Direct.
Gigi antara organ yang paling penting dan sensitif. Penjagaan rapi memang diperlukan untuk memastikan gigi kita terjaga. Untuk membersihkan sisa makanan dan kotoran yang terlekat di gigi kita wajib memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Sebuah kejadian aneh yang berlaku di Taiwan apabila seorang pesakit lelaki yang berusia 37 tahun mengadu sakit gigi dan apa yang ditemui oleh doktor sungguh mengejutkan. Tunas jambu tumbuh di dalam gigi lelaki tersebut. Perkara ini dikatakan berlaku kerana ia malas membersihkan mulut dan memberus gigi selepas makan.
Kejadian tersebut sungguh memeranjatkan dan disebabkan kes seperti ini jarang berlaku doktor tersebut menyelidik dan menyoal bilakah kali terakhir pesakitnya memakan buah tersebut.
Lelaki tersebut mengaku kali terakhir dia memakan buah tersebut adalah pada sebulan yang lalu dan berkemungkinan biji itu terselit di antara giginya yang berlubang.
Saya ada duit Jetta’s lama .. 1 Ringgit Dan 2 ringgit .. pm 0149992966
ReplyDelete#duit lama typo jetta
Delete